Wan Muzafar Wan Kamis
Salam

Saya pernah ditanya tentang tarikh luput kopi hutan. Jawapan saya ..lama.

Ada 2 alam mengikut pengalaman orang melayu kuman tidak boleh menumpang hidup. Alam kelat dan alam masin.

Semenjak dahulu kala apabila kita sakit perut orang-orang tua memberi daun jambu ( dizaman 70-an teh pekat). Ini kerana pemahaman yang kuman dalam perut akan turut musnah kerana bahan kelat.

Kelat digunakan untuk mengawit makanan apabila masin tidak sesuai.

Tentunya apabila kita semakin maju dari segi ilmu pengetahuan tentunya sebahagian hipotesis dahulu tidak boleh diterima tetapi kenapa masih banyak yang sembuh?

Saya biarkan pengguna menjawab sendiri. Selama ini pun merekalah yang mempromosi kopi hutan ini.

Saya ingin menyentuh soal ketulenan kopi hutan.

Tidak banyak perubahan pada botol dan label kopi hutan selama ini dan saya tidak bercadang mengubahnya sampai bila-bila. Cuma saya mengubah laporan makmal kepada BP Food Testing Sdn Bhd kerana laporan asal terlalu lama. Label baru akan memuatkan data-data baru selari dengan teknologi makmal makanan terkini.

Label baru akan ada maklumat perniagaan saya dan serentak dengan itu nanti pelancaran web baru www.kopihutan.com.my.

Bukanlah satu lonjakkan apa-apa cuma saya perlu mengawal barangan tiruan yang menyerupai kopi hutan dengan pelbagai nama.


Sekian saja buat kali ini.

Wassalam.