Wan Muzafar Wan Kamis
Salam

Ingat tak semasa kita kecil-kecil dahulu ( bagi yang sekarang menjadi orang bandar) , apabila ibubapa kita datang meminta pertolongan pada pengamal perubatan tradisional, beliau akan meminta sirih pinang pada kita?

Pesakit yang datang dalam keadaan tertekan, gusar dan sakit kemudian diberi sirih bersama kapur atau sirih, kapur dan pinang sekali.

Adatkah atau sains?

Sirih adalah klorofil, kapur adalah kalsium.

Klorofil menyahtoksin dalam darah sementara kalsium menenangkan saraf dan otak. Campuran dengan pinang akan menghasilkan kesan mabuk seperti suntikan ubat penenang .

Tujuan cuma untuk menenangkan pesakit untuk dirawat. Itu sahaja.

Penyakit dikategorikan kepada 4 kumpulan secara am.

1-Keturunan
2-Sampokan
3-Patah/Luka
4-Kuman/keracunan

Saya ulang semula dalam bahasa moden

1-Genetik
2-Psikologi
3-Kemalangan
4-Septik/Toksid

Seperti pusat rawatan moden, semua bidang ini ada pengkhususan tersendiri. Masih ada pakar bidang-bidang ini di bumi tercinta ini. Saya berharap semoga mereka ada pewarisnya.