Wan Muzafar Wan Kamis
Salam

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi weblog saya.

Ada yang mencadangkan beberapa perubahan yang baik seperti menukarkan menjadi webstore.

Sepertimana yang saya nyatakan-ini adalah weblog bukannya online store.

Sesiapapun boleh membina online store, sesiapapun boleh bercakap mengenai herba dan sesiapapun boleh mengupah pengilang untuk menghasilkan produk untuk dipasarkan.

Dunhill dan Rolex boleh didapati pasar malam dan di gedung-gedung besar -saya percaya Encik Dunhill tidaklah terlalu gusar mengenainya.

Keutamaan saya adalah melindungi, mendokumen dan menyalurkan ketamadunan ilmu perubatan Melayu untuk kebaikan bangsa dan generasi akan datang. Saya juga mengimpikan perubatan Melayu diberi tempat sepertimana perubatan ayurvedic dan China di universiti dan institusi ternama dunia. Weblog yang serba kekurangan ini akan menjadi perantara untuk memperkenalkan kehebatan pusaka perubatan Melayu untuk kebaikan sejagat. InsyaAllah, versi Bahasa Sepanyol dan Jepun akan menyusul.

Cuba saudara-saudari amati, selepas hujan ( mendung) buah-buahan dan tebu menjadi kurang manis untuk beberapa hari. Selepas disinari matahari barulah buah-buahan kembali manis. Zon khatulistiwa paling banyak menghasilkan buah-buahan manis berbanding zon lain. Anggur dan epal tidak semanis rambutan dan durian.

Manisan sangat penting untuk manusia, untuk tenaga mental dan fizikal. Selepas memakan benda manis kita tiba-tiba tertarik secara semulajadi untuk memakan makanan kelat seperti jambu,ulaman dan mengkudu. Dalam tulisan saya yang lalu, saya nyatakan penawar manis adalah kelat mengikut amalan pusaka kita.

Apa yang akan saya nyatakan di weblog mungkin akan menyingung perasaan dan mengundang kontraversi. Saya hanya ingin menyatakan ilmu yang saya pelajari semenjak kecil dan ingin memelihara untuk generasi akan datang. Bangsa Melayu mempunyai tamadun perubatannya sendiri. Sebagai insan kampung yang kerdil saya terlebih dahulu mengakui mungkin akan ada salah silapnya.

Cuba saudara/i amati pokok buah-buahan yang manis tadi akarnya keluar keatas tanah. Akar keluar keatas tanah adalah tanda tumbuhan itu boleh dimakan.

Jika akar tidak keluar keatas tanah adalah petanda tumbuhan itu tidak boleh dimakan atau hanya boleh dimakan dalam jumlah yang sedikit.

Contoh tumbuhan yang akarnya tidak keluar adalah tongkat ali dan tunjuk langit.

Saya percaya para pengkaji moden yang tentunya lebih arif dari saya bersetuju bahawa tumbuhan tersebut sebaiknya dimakan dengan jumlah yang sedikit. Saya mohon untuk mereka memberi komen.

Ada keseimbangan di alam ini, kita tidak boleh mengambil sesuatu herba secara tersendiri dan mencanangkan sebagai mempunyai khasiat yang hebat. Ibarat membawa sesuatu haiwan kedalam persekitaran yang tiada musuh semulajadinya ( cth membawa ikan piranha ke Sungai Kelang) ianya akan membawa lebih keburukan dari kebaikan.

Petanda lain adalah apabila daun sesuatu tumbuhan tidak dimakan ulat. Contoh paling mudah adalah lidah buaya. Mengikut amalan perubatan lama adalah dinasihatkan kita berhati-hati dalam penggunaannya.

Bangsa Melayu telah hidup lebih 2000 tahun di alam kepulauan ini dan kita lebih mengetahui mengenainya dari orang lain. Flora dan faunanya telah kita rekodkan dan perturunkan sejak zaman berzaman. Kenalilah ilmu warisan kita.

Paling saya bimbangi adalah kejadian seperti yang menimpa India apabila ekstrak neem yang menjadi amalan ribuan tahun dipatenkan oleh syarikat multinasional Amerika Syarikat. Kita (rumpun bangsa Melayu) mempunyai penawar untuk berbagai penyakit melibatkan berbillion manusia.

Marilah sama-sama menghargainya.
Wan Muzafar Wan Kamis
Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana mengunjungi laman saya yang tidak sepertinya ini.

Laman ini membincangkan perubatan Melayu lama yang diwariskan dari insan dan kitab yang telah dilupakan.

Kita telah jauh lebih moden namun semakin banyak penyakit yang telah dikelaskan sebagai tiada rawatan-dan kita menerimanya.

Sedangkan Rasulullah s.a.w mengajar kita semua penyakit ada ubatnya kecuali maut.

(a) Surah AI-Isra' ayat 82 - bermaksud:

'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'

(b) Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:

'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

(c) Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;

'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'
Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)


Kita menkelaskan makanan kita kepada protein, karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin A-K. Namun kebanyakkan kita dalam usia 30-an sudah mula menurun dari segi kecergasan fizikal dan mental walaupun kita makan semua zat yang kita belajar di sekolah.

Sains juga memberitahu kita bahawa terdapat berpuluh ribu phyto-nutrien ( zat dari tumbuhan) yang masih belum dikenalpasti dan dinamakan. Sekarang pakar pemakanan di barat mengajar kita menkelaskan makanan mengikut warna; hijau, merah, ungu dsbnya. untuk mendapatkan khasiat 'seimbang' dari alam.

Kebanyakkan penyakit bermula dari perut - kita boleh fahami yang penyakit berpunca dari makanan. Amnya setiap bangsa mempunyai makanannya sendiri dari persekitarannya tersendiri.

Kebanyakkan makanan Melayu puncanya dari alam Melayu, tanah( sawah ladang dan hutan) dan air ( laut dan sungai) Nusantara dan jika makanannya menjadi punca penyakit penawarnya juga ada disini.

Amnya orang Melayu dahulu menggariskan 9 kelas makanan berdasarkan rasa. Ilmu berdasarkan gerak rasa ( intuitif) ini dibuktikan dengan sekian banyak kesembuhan penyakit kronik yang dikelaskan sebagai tiada ubat.

  1. Masam - Bantu buang najis/penghadaman
  2. Payau - Kawalan seluruh tubuh
  3. Manis - Tenaga badan dan otak
  4. Lemak - Kawalan suhu
  5. Pedas - Bantu pembuangan hampas
  6. Tawar - Neutral/stabil
  7. Pahit - Cairkan minyak (kolestrol), lemak, garam galian
  8. Kelat - Stabilkan gula, hapus kuman dalam lendir
  9. Masin - Bunuh kuman, segarkan urat saraf

Kopi Hutan yang saya warisi mempunyai gabungan 8 dari 9 rasa tersebut.Kopi Hutan bukan ubat-ia adalah penawar ( bahasa moden - minuman kesihatan) dari amalan para bijak pandai perubatan dahulu kala. Tentunya penyediaan dahulu lebih kasar , akar kayu dijemur dan digiling sebelum dibancuh dengan air suam untuk minuman berbanding persediaan moden hari ini.

Bagi yang memasak anda tentu tahu untuk meneutralkan rasa pahit timun anda cuma perlu cantaskan bahagian atas dan letakkan garam ( masin meneutralkan pahit) dan juga untuk mengurangkan manis ditambahkan bahan kelat kerana kelat menawarkan manis. Ini adalah keseimbangan alam dan punca keseimbangan tubuh badan.

Punca penyakit secara semulajadi dibuang dari manusia melalui cara-cara berikut:
  1. Air Besar
  2. Air Kecil
  3. Perpeluhan
  4. Pernafasan ( termasuk hingus)
  5. Muntah
  6. Urutan (urutan pakar tidak menyakitkan)
  7. Bekam


Cara pertama dan terakhir ialah DOA.

Kopi Hutan membantu membuang punca penyakit melalui 5 cara pertama namun terdapat kelainan untuk setiap individu.Satu kekurangan kopi hutan (herba) adalah ia tidak mengandungi garam(masin) yang dipercayai turun temurun gabungannya dengan khasiat kopi hutan dapat merawat banyak lagi penyakit kronik.Ini adalah kerana kopi hutan adalah hasil dari darat dan tidak boleh digabungkan dengan hasil dari air (laut) dalam satu sediaan.

Bagi orang Melayu bahan sebaiknya untuk mewakili masin ialah gamat. Mungkin setiap bangsa malah haiwan juga mempunyai bahan masin sendiri seperti garam Himalaya/garam bukit.

Gamat terbaik adalah dari Telok Ewa, Langkawi namun pencemaran alam mengurangkan kualiti hasil gamat hari ini. Sebahagian mereka telah berhijrah ke Satun (Thailand) dan Pulau Madagascar ( tenggara Afrika) dan di sanalah masih ada sumber gamat orang Melayu yang asal.

Namun untuk ummat Islam bahan terbaik untuk mewakili masin adalah air zam-zam. Zam-zam adalah pelengkap bagi semua penawar dan haram diniagakan. Sila klik sini untuk sedikit maklumat air zam-zam.




---Artikel di atas adalah asli, tidak diambil atau ditiru dari mana-mana sumber, ianya adalah ilmu perubatan yang diperturunkan secara warisan keluarga, adunan khusus untuk produk Kopi Hutan SAHAJA -13 Jun 2009---

Kopi Hutan mempunyai 7 herba di dalamnya namun untuk penerangan saya merujuk kepada kajian universiti/institusi penyelidikan moden seperti di bawah:

HERBA-HERBA DAN KEGUNAANNYA

1) Bunga Pakma / Rafflesia
Nama botani : Rafflesia
Lokasi dijumpai : Tumbuhan liar

Pengenalan
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.

Bunga Pakma adalah endemik, bermaknanya di dunia ini cuma ada di Thailand, Malaysia, Indonesia,dan fillipina sahaja. Bunga Pakma yg paling besar ialah R.arnoldii yg ada di sumatera dan jawa. yg paling kecil ialah R.manillana yg ada di fillipina.Di Semenenjung Malaysia, bunga pakma boleh didapati terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik.

Khasiat dan kegunaan
Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang Melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin sepaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka wanita.

Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut dan sebagai perangsang untuk wanita.


2)Ubi Jaga
Nama botani : Smilax myosotiflora
Lokasi dijumpai : Tumbuhan liar

Pengenalan
Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang tumbuh liar di hutan Asia Tenggara. Mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat, berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 2 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya.Kepanjangan antara 8 hingga 17sm dan lebar 2 hingga 15sm.Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Khasiat dan kegunaan
Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah daun, buah dan akar.komponen aktif Stigmasterol, sitosterol, campesterol. Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah.


3)Halia Padi
Nama Botani: Zingiber officinale Rosc. var. rubrum

Pengenalan
Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.

Halia padi merupakan salah satu kelompok Halia tetapi jarang digunakan dalam masakan kerana rasanya yang agak lebih pedas, tetapi amat mujarab dalam perubatan herba.

Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.

Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, makanan, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.

Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.


4) Misai Kucing
Nama botani: Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Pengenalan
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula bergeriji. Tangkai daunnya yang pendek,lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m. Boleh ditanam melalui keratan batang.

Khasiat dan Kegunaan
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi ( atau sumber pahit lainnya) bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah. Air rebusan pokok ini digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing.
  • Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis.
  • Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi.
  • Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.
  • Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil.

5)Mengkudu
Nama botani: Morinda citrifolia Linn.

Pengenalan
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuh secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Khasiat dan Kegunaan
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.

Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang.

Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopestisid.


6) Bedara Putih/ Tongkat Ali Putih
Nama botani: Eurycoma longifolia

Pengenalan
Bedara Putih merupakan renik berkayu yang tumbuh tegak bersaiz kecil, ketinggian boleh mencapai 10m, batang lurus, jarang bercabang. Daun jenis majmak pinat, panjang hingga 1 m, daun tertumpuk di bahagian hujung dahan. Mempunyai anak daun yang tersusun bertentang, panjang hingga 5-10 cm dan lebarnya 1.5 - 4 cm, teksturnya tebal, lembut dan liat, permukaan daun licin. Tumbuh di hutan, tanah pamah hingga bukit, di kawasan separa terlindung dari pancaran matahari.


Khasiat dan Kegunaan
Bedara Putih spesies yang sama dengan Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar.

Bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalamnya boleh :
  • Meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).
  • Memulihkan tenaga serta perangsang ereksi.
  • Melegakan penyakit di bahagian urat-saraf dan pinggang .
  • Batuk waktu malam
Air rebusan daun digunakan merawat kudis, gatal dan sakit kulit.


7) Sarang Semut / Raja Stong
Nama botani: Hydnophytum Formicarum Jack
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Pengenalan
Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan epifit yang biasa dijumpai di kawasan hutan hujan tropika.Taburannya meliputi kawasan indo-cina, semenanjung malaysia, borneo, sumatera dan filipina.Keunikan tumbuhan ini ialah ada bahagian pangkal batangnya terdapat satu ketulan yang besar, menyerupai ubi dengan bahagian dalamnya yang lembut dan berongga yang selalu didiami oleh semut.Daunnya pula tersusun dalam bentuk berlawanan. Daunnya tebal dan panjangnya antara 4 hingga 10 cm.Ia berbentuk bulat dengan bahagian hujungnya yang agak runcing.Bunganya kecil dan berwarna putih pucat dengan panjangnya lebih kurang 6 mm.

Khasiat dan Kegunaan
Bahagian ubinya digunakan untuk mengubati masalah hati dan penghadaman. Di Belanda pula ubinya yang ditumbuk lumat dijadikan ubat untuk sakit kepala.

Di Malaysia ,Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit barah (cancer).

Bonggol di pangkal yang berlubang seperti sarang semut juga diasah dan disedut hidung untuk merawat resdung.

Juga merawat pelbagai penyakit : Air rebusan akar atau ubi diminum untuk mengubati darah tinggi, kencing manis, gout, wanita lepas bersalin dan herba untuk kesihatan lelaki.


Sepintas lalu...

Demikianlah antara kajian yang dipetik dari sumber moden. Perlu ditekankan sekali lagi kopi hutan bukan ubat tapi penawar atau bahasa moden sekarang 'minuman kesihatan'.

Memetik pesanan dahulu "kopi hutan ini mengeluarkan isi perut dan usus melalui saluran kencing dan air besar serta perpeluhan. Kadang-kadang hingus dan muntah.Perut dan usus kosong akan menyerap garam, gula, lemak,lendir, buangan berlebihan dari seluruh badan dan halia padi dan bedara putih mencairkan darah dan lendir untuk memudah proses ini. Ini semua kurniaan Allah bukan ciptaan manusia".


Untuk pertanyaan lanjut/pembelian terus/pengedaran sila email : wanmuz.ecrater@gmail.com ( autoreply akan menjawab sebahagian pertanyaan anda)

Nota: Dengan adanya laman www.kopihutan.com/www.kopihutan.com.my kami akan menutup www.kopihutan.webs.com dan www.kopihutan.ecrater.com secara berperingkat.

Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membaca coretan ini.


KLIK SINI UNTUK PANDUAN PEMBELIAN

Wassalam.